"Saya
tidak memerlukan sebarang anugerah daripada sebuah badan pentadbir
bolasepak yang tidak konsisten untuk mengiktiraf segala kemajuan dan
pencapaian Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Walau bagaimanapun, saya
ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah diberi penghormatan
dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan baru-baru ini. Kepada para penyokong
Johor, saya ingin memaklumkan bahawa laman web
Johor Southern Tigers dan JDTTV menjadi tatapan di lebih 44 buah
negara. Terdapat lebih sejuta hits di laman web kita pada perlawanan
Harimau Muda vs. JDT II yang lalu. Pengunjung kedua paling ramai ke
laman web kita adalah dari Amerika Syarikat, diikuti Singapura, Kanada
dan Jepun. Terdapat juga pengunjung lain daripada Rusia, Indonesia,
Filipina, Australia, Argentina, Sepanyol, Ireland, Great Britain,
Belanda, Perancis, Jerman, Arab Saudi, Taiwan, Afrika Selatan, China,
Korea Selatan, Norway, Qatar, Mesir, Thailand, Switzerland, Vietnam,
Uruguay, Denmark, Brazil, Kuwait, Belgium, Greece, Mexico, New Zealand
dan Poland. Kemudahan stadium dan kemudahan lain berkaitan bolasepak di
seluruh negeri juga sedang dinaiktaraf. PBNJ juga sedang dalam rundingan
daripada sebuah syarikat dari China untuk mendirikan Akademi Bolasepak
Johor - Chelsea, yang akan menggunakan modul akademi bolasepak Chelsea.
JDT dan JDT II juga merupakan pasukan pertama dalam negara ini, selain
pasukan kebangsaan, yang ditaja oleh Nike. Semua ini sedang dilaksanakan
dan bukan sekadar dalam peringkat perancangan. Tiada maknanya menjulang
piala jika dunia tidak mengenali siapa kita. Saya bukan di sini sekadar
untuk bertanding, saya ingin menempa legasi yang akan diingati sehingga
generasi-generasi mendatang. In Shaa Allah, Johor akan sentiasa dan
kekal sebagai Johor. Kepada Allah Kita Berserah. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh."
-DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
-DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
No comments:
Post a Comment