Sunday, 19 January 2014

Ulasan Johor Darul Takzim Lwnn Perak

JDT MENCIPTA KEMENANGAN PERTAMA DI LAMAN SENDIRI.

Sebelum sepak mula pelbagai andaian yang dibuat oleh para peminat bola sepak di Malaysia,
ada yang cakap JDT menang besar kerana status pemain-pemain kita..tetapi ternyata anggapan kita dan juga mereka tersasar kerana PERAK bukanlah lawan yang tidak hebat...PERAK mempamerkan corak yang mantap cuma nasib  tidak menyebelahi pasukan itu.

ANDAIAN KESEBELASAN UTAMA
Sebagai peminat kite hanya boleh mentafsir siapakah yang akan bermain untuk kesebelasan utama...Bukan kita Johorean sahaja yang pening meneka 1st time malah media massa juga sukar mencongak siapakah coach Cesar akan turunkan...Ternyata kesebelasan utama untuk game JDT yang dipilih coach Cesar adalah:

  Norazlan
 Mahali
Baihakki/Aidil
Fazly
Amri
Shakir/Safiq
Nurul Azwan
Aimar
Luciano

Jangkaan aku pon tersasar...yang aku sasarkan GK - Al-Hafiz,LB - Daudsu,LM - Nazrin,F - Mat Yo
hahahhahha...

ULASAN PERMAINAN

Pemain yang menjadi tumpuan adalah Pablo Aimar...dan dia sentiasa dikawal ketat oleh pertahanan PERAK...Walaupun Aimar sentiasa dikawal oleh pertahanan PERAK tetapi sebagai pemain profesional dunia Aimar pandai mencari ruang dan peluang untuk menghantar bola kepada rakan pasukannya...JDT banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi malangnya kepantasan pertahanan PERAK sukar dinafikan...
Keserasian Luciano dan Aimar tampak mantap kerana sentiasa membuat hantaran 1 2 antara mereka tetapi gagal disempurnakan di dalam atau luar kotak penalti...mereka hanya mampu menghuru hara kawasan PERAK...Corner yang di buat Aimar juga tidak berkesan kerana pertahanan PERAK dapat membaca hantaran tersebut...Luciano juga gagal beraksi dengan cemerlang sebagai penyerang tetapi berjaya menjaringkan gol ke 2 untuk JDT selepas hantaran cantik dari Kapten Malaysia,Safiq pada minit ke 87...

Amri beraksi dengan cemerlang sebagai sayap kanan dan selesa beraksi dengan pertahanan kanan Mahali...mereka sentiasa membuat overlapping untuk masuk kedalam kotak penalti PERAK...Usaha Amri berjaya menanduk masuk hantaran rakanya pada minit ke 37...Safiq,Awe dan Shaakir juga tidak kurang mantap permainan mereka..sentiasa mematahkan percubaan pemain-pemain PERAK walaupun Awe gagal beraksi dengan baik pada mulanya...Safiq dan Shaakir membuat short dan long pass yang sempurna walaupun adakalanya tersasar kepada pemain lawan...

Mahali seperti yang dijangka beraksi cemerlang dan sentiasa berada di kawasan musuh untuk membuat cross dan cuba masuk ke kotak penalti PERAK...rembatan Mahali hampir mencipta jaringan tetapi berjaya dipatahkan oleh PERAK...

Baihakki dan Aidil adalah benteng terakhir JDT untuk PERAK tembusi walaupun sukar menembusi mereka berdua Aidil memainkan peranan sebagai seorang Kapten untuk JDT dengan baik...sebagai Pemenang Anugerah Pertahanan Terbaik 2013 Baihakki nampak selesa di posisinya selepas berjaya mematahkan beberapa percubaan dari pihak lawan...Pertahan kiri JDT Fazly beraksi kurang cemerlang kali ini selepas banyak hantaran dan crossnya gagal dan banyak terlepas untuk rakan pasukannya...Norazlan juga berjaya menggagalkan beberapa peluang PERAK tetapi Norazlan perlu menambah konsentrasi dia sebagai seorang penjaga gol kerana PERAK hampir-hampir menjaringkan gol selepas rembatan kecang terkena palang dan Norazlan gagal membaca bola tersebut...

itulah sahaja ulasan aku...kalau ada silap tegur ea...jangan mengutuk...hahahahaha....

JDT 2 - 0 PERAK
Jaringan - Amri Yahyah,Luciano
Gantian - Amri - Mat Yo/Aimar-Harris/Fazly-Fadhli
pape pon JDT terbaek...!!

#RESPECTTT!!!!
good luck for next game Harimau Selatan!Luaskan Kuasamu.

No comments:

Post a Comment